Friday, November 12, 2010

malam sungguh menakjubkan..

Assalamualaikum..salam hormat..salam yang ikhlas buat diri ini dan diri anda sekelian. Malam adalah kejadian yang unik.  Lihat dilangit pada waktu malam, bertaburan bintang, sungguh menarik, disamping dihiasi dengan bulan yang malu-malu untuk menampakan dirinya.bulan sabit, biasanya muncul awal bulan dan bulan purnama biasanya muncul pertengahan bulan. kejadian malam Sungguh menarik untuk diperkatakan. Malam adalah kejadian yang betul-betul mencuri hati kita. Malam oh malam ..aku terpesona dengan mu..nak saja ku melihat mu tanpa berpaling muka ku kepada mu sang bulan,bintang.


Jika tiada malam, Tidak boleh tidur rasanya diri kita ni. cantik sungguh kejadian malam, kerana kejadian malam menbuat kita terlena diulit mimpi yang indah dan malam juga membuat kita dilamun cinta kepada illahi. Tapi kita semua nak melihat malam dihiasi dengan mata hati iman kita, bukan dengan nafsu kita yang dihiasi dengan sifat yang tidak sepatutnya..dengan erti kata lain kita melihat malam boleh menitiskan air mata dengan ikhlas bersujud mengadap illahi. Kerana tuhan menjadikan malam sungguh sempurna kejadian, 1/3 malam itu untuk tidur 2/3 lagi untuk bersujud mengadap Allah s.w.t . ia dinamakan solat tahajud, kerana junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD S.A.W menwajibkan solat malam untuk diri sendiri, tetapi kita sebagai umatnya solat malam adalah disunatkan sahaja. Andai tiada malam memang manusia dekat bumi ini tidak tidur agaknya. sibuk dengan aktiviti saja seharian. Malam sungguh bermakna didalam hidup kita.kejadian malam telah dirakamkan oleh Allah s.w.t.  Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kejadian malam adalah kejadian yang begitu menarik. kalau waktu malam dalam pukul 3 pagi tu, Jom bangunlah dari tidur kita semua, kerana waktu tu malaikat turun melihat hamba Allah bernama manusia adakah mereka tidur atau mereka sujud mengadap kepada perciptanya, dan jika malaikat melihat insan bernama manusia itu mengadap tuhan mereka maka malaikat akan memberi tahu kepada Allah s.w.t tentang manusia yang begitu rindu kepadanya.  Maka insan ini mendapat keampuan dari Allah s.w.t .waktu malam juga adalah waktu yang terbaik untuk belajar kerana waktu yang sunyi dari ganguan kativiti harian. Sangat best untuk belajar dan malam juga menjadi segelintir orang untuk berjalan jauh..seperti balik kampung dan sebagainya kerana waktu malam jika kita berjalan jauh maka terasa sekejap saja perjalanan itu berbanding dengan waktu malam, tahu kenapa kerana perjalan malam adalah perjalanan yang terbaik dan tiada halangan yang mengangu perjalanan.sampai sini saja luahan kata-kata dari kasih mu ..




"MALAM ITU INDAH..OLEH ITU HIASILAH MALAM ANDA SEMUA DENGAN ZIKRULLAH"

No comments:

Post a Comment